gaNtung::...


Sunday, March 20, 2011

aNti lelaKi yG suka maen kaN perasaAn perMpuan..!!!!

ERA(bukan nama betol)dia too mmbe baek saya...tp an saye sedih dan kesian sangat2 dkt dye..sebab saya sedih dan kesian ialah...ramai sngat llki yg mainkan perasaan dia too..saya tak tahu la ape salah mmbe saya tu..smpai sngop llki main kan dia..

Ha ni saya nak cita pasal mmbe saya tu..pakwe petama dye yg suka maki hamun dia..ade satu hari tu dorng pegi mkn same2..then pkwe dye sngat2 jahat tinggal mmbe saya kat kedai too soh mmbe saya tu bayar..nasib mbe saya tu ade bwk duit..kalo x msti mmbe saya tu malu...yg paing sy bnci dkt pkwe dia too an ade ke ptot pkwe mmbe sy tu maki hanum dia dkt tmpat awm..tu blom jadi suami isteri lg...kalau dh jadi suami isteri x thu la apa llki tu buat dkt mmbe saya too..(LELaKI DAYUS!!!)

Ni pasal ex(BF) no2 pulak...mula2 cple baik je....dh bebulan2 cple bru thu prngai sbnar dia....perangai sebenar dye pon seka main kan perempuan..ee apa la msalah orG llki ny eak???cukup2 la main kN perasaan prempuan...(kaum hawa yg lemah)..psal ex no2 mmbe sy ni blh thn lg laa...xde la mlmpau sngat..

Ni pulak pasal ex(BF) no3...no3 ni...ya allah..terok bukn main...hnya allah je yg tahu...dia cple ngn mmbe saya then dalam mse yang sama dia cple dgn ppuan lain..!!!perrhhh bngang gile saya mse mle2 mmbe saya crita dkt saya pasal tu...tak patut btlo laa llki tu buat gitu dkt mmbe saya...mule2 cple mcm2 jnji ex dia tu buat..ee saya cukup bnci llki cm tu..xde PENDIRIAN langsung!!!!!

Moral 4 this story...jgn mudah percaya pada llki masa kini...dan jangan tunjuk pd llki yg kita kaum hawa ni LEMAH..=)

Saturday, March 12, 2011

caRa uTk nsihaT 'girl' pakai tuduNg..;)

Ketika sedang mengagihkan baju sukan untuk pelajar yang menyertai Kejohanan Antara Teknik. Tiba-tiba aku tersentak. Bukan kerana terberak tetapi kerana jerkahan Ustaz Hisyam yang menengking dua orang pelajar perempuan yang tidak memakai tudung. Seorang daripada mereka pula memakai baju yang ketat kemudian menyelak pulak kain sarung sekolah yang dipakainya. MasyaAllah.

" Hey! Gi pakai tudung! Cepat!!!" tengking ustaz. Pada waktu itu aku rasa sangatlah takut.

" Kami ada latihan olahraga ustaz!" jawap mereka. Berani betul mereka menjawap kerana enggan memakai tudung tetapi Ustaz Hisyam tetap memaksa mereka. Iya lah. Mereka pelajar Muslim. Apa tanggapan orang kelak? Sudah la tidak bertudung, kain pula diselak. Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya. Mengapa aku tak tegur?

Jujur aku cakap. Aku memang nak tegur namun apakan daya hanya dengan hati sahaja aku dapat mencegahnya. Bukan kerana aku tiada kuasa. Aku ada kuasa tetapi benda sebegini sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat disni. Pelajar perempuan Muslim ada yang tak bertudung, pakai skirt, dedah aurat sana sini. Kalau cakap bab solat. Jauh panggang dari api. Ya Allah, maafkan aku.

Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Entah la, kalau aku tegur mereka takut bermasam muka. Nanti mengumpat belakang. Amat berat untuk aku menegur walhal hati ini ingin saja menengking mereka. Hendak saja ku tarbiahkan. Tapi aku belum ada kekuatan lagi.

Apa hendak dihairankan? Ibubapa di rumah sendiri tidak melarang anak-anak inikan pula orang luar,kan? Jadi, bapak-bapak di luar sana perlu fikir la sikit agar anda tidak masuk neraka dengan percuma.

Kadang-kadang aku terpikir. Apakah cara yang terbaik untuk aku nasihati mereka supaya berubah? Supaya mereka menutup aurat? Bagaimana agaknya???

Yang lelaki pasal aurat lelaki. Yang perempuan pasal auratnya. Semua sama je tetapi aurat perempuan ni. Susah sangat hendak dijaga. Hendak kata tak belajar agama, rasanya pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar. Mungkin hati belum terbuka kot. Aku doakan mereka yang masih mendedahkan aurat tak kira lelaki dan perempuan cepat berubah dan diberi hidayah oleh Allah. Bukan Taufik Hidayat ye.

Tapi kan..mungkin sebab mereka ni bodoh kot. Iyalah, budak umur 5 tahun pun tahu apa itu ABC. Kita ni yang sudah diajar sejak kecil apa itu AURAT pun masih tak tahu... Hish..hish. (kena tegur dengan kasar baru terasa,ada terasa tak diri bodoh? Untuk mereka yang tak tutup aurat je. Hahah!)

PENGAJARAN :1.bnnyakKan bertaubat wahai umat islam..
:2.belajarLah bertudunG..
:3.ambiLah iktibaR darI cerita di ats..
:4.jaga maruaH dirI supya tidak ditndas masyarakat..^_^