gaNtung::...


Friday, July 1, 2011

gempA buMi sudaH hAMpir Di Malaysia !!!berwaspada ~~


Titik gempa bumi bakal melanda Malaysia berikutan kekerapan gempa yang berlaku di Sumatera Indonesia beberapa tahun yang lalu.Hal sedemikian menyebabkan kedudukan titik gempa bumi kian beralih dan semakin menghampiri Malaysia.
Menurut pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr Ali Hassan ,beliau menyatakan bahawa titik gempa bumi akan bergerak setiap satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Hakikat tersebut disahkan lagi apabila penduduk Malaysia kian merasai gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-ngara sekita rantau ini.




Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan berdasarkan saiznya berdasarkan skala Richter. Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli. Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Tenaga ini disalurkan ke permukaan bumi menyebabkan gelombang gempa bumi. Kajian sains mengenai gempa bumi dan gelombangnya dikenali sebagai seismologi (dari perkataan Greek seismos, untuk menggoncang)..


so korng sume...pikir2 kn la bnde yg patot korng buat..cth nye amal ibdat..>,<

No comments:

Post a Comment