gaNtung::...


Monday, July 4, 2011

Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng..

ha msty ramai antre korng yg suke pakai gelang kaki yg ade loceng kn...hrumm..kat sini sy nk kongsi sikt hukum pakai gelang kaki yg ade loceng...xslah kan sy kongsi bende yg baek ni..>,<


“Berkata Allah SWT: “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelang itu. Allah SWT melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]”
“ Dan janganlah menghentak-hentak kaki mereka supaya diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka”. Maksudnya: Janganlah dihentak-hentak bumi dengan kaki mereka supaya berbunyi perhiasan mereka, seperti gelang-gelang kaki dan lain-lain. Dan oleh sebab itu (hentakan kaki tersebut), diketahui perhiasannya, maka ia menjadi wasilah kepada fitnah. [Taisir al-Karim ar-Rahman, asy-Sheikh as-Sa’di]


NI PULAK HUKUM PAKAI GELANG KAKI..tp sy rase same je ngn yg ats too...bze dye..antre ade loceng and xde je...wait sy tnjuk hukum dye k...=)


Dalam salah satu kuliyah Ustaz Azhar yg baru sahaja aku dengar...ada persoalan tentang hukum perempuan yg memakai gelang kaki...

Jawapan yg diberi adalah ringkas sahaja tapi bagi aku ia dah cukup...jawapannya adalah harus bagi kanak2 perempuan dan perempuan2 yg telah bersuami...dengan syarat, perempuan bersuami pakai gelang tu atau tunjuk gelang tu utk suami sahaja...

Tapi pempuan sekarang ni pakai redah je..yg belum kawin pun "gedik" nak pakai gelang kaki...pastu tayang kat lelaki2 pulak..maka itu adalah haram hukumnya..walaupun xtermasuk dalam dosa besar..tapi ia tetap haram jika perhiasan itu dilihat oleh lelaki bukan mahram...

Buat apelah nak buat klu berdosa kan? Bagi perempuan yg telah bersuami pulak..klu kat luar rumah..hendaklah menutup gelang kaki itu..ada banyak cara seperti tutup dengan stokin...pakai kain labuh yg menutup gelang kaki itu..

Islam agama yg xlarang umatnya nak mengikut fesyen...tapi fesyen tu hendaklah selari dengan hukum syarak...hidup kat dunia ni bukan lama sangat pun..xpayahla nak berlagak sombong dengan cuba nak "mencabar" hukum2 syarak...

P/s: sape yg makan cili, dia yg rasa pedas...sape dia ustaz azhar ni yg berani ckp haram pakai gelang kaki bagi pempuan belum kawin..ni aku nak bgtau, dia ni bukan ulamak besar..dia pun xpenah buat fatwa, tapi dia cuma cakap berdasarkan ape yg telah difatwakan oleh para ulamak sebelum ni...aku pulak cuma ringkaskan kandungan dia..pasal dia ckp dlm bahasa terengganu...tkut2 korng xphm bhse yg dia guna...>,<

No comments:

Post a Comment