gaNtung::...


Sunday, December 18, 2011

meNabjubkaN tentaNg air wuduk !!!!


Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. 

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. .

Friday, December 2, 2011

..::sayA taHu saya tidak caNtik...Tp..............


Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

-->> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..INDAHNYA perancangan dari 
Allah..(✿◠‿◠)

Thursday, December 1, 2011

..:: saHabat ::..


Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

======

P/S:Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu...

..:: kemaafaN satu keteNangaN ::..


Tanyalah diri sendiri..adakah kita benar benar
bahagia?! benar benar merasakan ketenangan?! jika benar, bersungguhkah?!!


tanyalah sama hati, bersungguhkah kita
mencintai..tanyalah pada jiwa, bersungguh
bertemu bahagia?!

tak perlu terlalu dihuraikan...

kita mampu membohongi semua...kecuali TIGA :

1. Tuhan
2. Hati kita
3. Hati mereka yg terlalu menyayangi kita sepenuh
jiwanya... (seorg ibu, ayah, adik bradik, teman baik,
juga seorang kekasih)


KEMAAFAN adalah umpama air dingin yang
menyejukkan hati yang 'kering'.memaafkan dan
dimaafkan adalah JAWAPAN bagi salah satu
KETENANGAN TERPENTING yang diperlukan.

bagaimana rasanya bila kita melalui hidup seharian
kita dengan rasa bersalah? tanpa dimaafkan? atas
satu, sedikit kesilapan? mampukah kita tenang,
wahai sahabatku?

bagaimana pula kita meneruskan hari kita dengan
penuh rasa amarah dengan tidak memaafkan
kesalahan insan lain terhadap kita? mampukah kita
juga dapat merasakan ketenangan, biarpun kita
punya kekayaan, ijazah, rupa dan apa jua yang
terhebat? tidak, sahabatku...hmm..

Ketenangan HANYA dapat dirasakan bilamana kita
telah dimaafkan, juga pabila kita telah memaafkan
insan lain.

Jikapun kita tidak mampu berjalan/menjalani hidup
kita di dunia dengan tenang, lalu bagaimakah kita
mampu berjalan masuk terus ke haluan syurga bila
saja ada yang tidak memaafkan dosa kita
kepadanya di masa hayatnya? lalu bagaimana?
tenangkah kita?

Kekayaan harta, rupa, status, ijazah atau apa jua
BELUM TENTU dapat membeli atau membayar
harga sebuah ketenangan.ketenangan datang dari
jiwa yang merendah diri, memaafkan insan lain,
dan dimaafkan..

" Ingatlah Allah, nescaya hati mu akan tenang.."

kerana di situ kita berisgtifar, memohon maaf dalam
mengingatiNya, merasakan betapa kecilnya diri kita
di sisiNya.yang tak pernah lepas dari kesunyian dan
melakukan kesilapan..

kita hanya manusia yang sunyi..dan kita tak akan
dan tak pernah pun termampu untuk membohongi
hati kita.

sebelum tidur, maafkanlah diri sendiri, seterusnya
memaafkan semua orang..lihat lah sama ada hati
dan tidur kalian akan tenang atau tidak..hanya
selepas kita memaafkan..juga bila dimaafkan.

Benar, kemaafan adalah DENDAM yang terindah,
sahabatku.sesuatu yang amat amat payah
diucapkan, dilakukan, namun itu jualah
KETENANGAN yang AMAT INDAH yang akan kita
terima, sebaik saja kita memaafkan, juga pabila
dimaafkan..


p/s: sentiasalah memaafkaN sahabat seisLam kitE...(",)

..::ciNta aLLah ciNta abadi::..


Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi pikiran sekaligus mengendalikan tindakan. Sungguh, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi jernih, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cintalah yang mampu melunakkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta.

Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pecinta dunia, harta dan manusia. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.
Cinta Allah cinta yang tak bertepi.

Jikalau sudah mendapatkan cinta-Nya, dan manisnya bercinta dengan Allah, tak ada lagi keluhan, tak ada lagi tubuh lesu, tak ada tatapan kuyu. Yang ada adalah tatapan optimis menghadapi segala cubaan, dan rintangan dalam hidup ini. Tubuh yang kuat dalam beribadah dan melangkah menggapai cita-cita tertinggi yakni syahid di jalan-Nya.

Ramai orang mengaku mencintai Allah, dan sering orang mengatakan mencitai Rasulullah, tapi bagaimana mungkin semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan, sebagaimana seorang arjuna yang mengembara, menyebarangi lautan yang luas, dan mendaki puncak gunung yang tinggi demi mendapatkan cinta seorang wanita. Bagaimana mungkin mencapai cinta Allah, tapi dalam pikirannya selalu dibayang-bayangi oleh wanita/pria yang dicintai. Tak mungkin dalam satu hati dipenuhi oleh dua cinta. Salah satunya pasti menolak, kecuali cinta yang dilandasi oleh cinta pada-Nya.

Di saat Allah menguji cintanya, dengan memisahkanya dari apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, sering orang tak dpt menerimanya. Di saat Allah memisahkan seorang gadis dari calon suaminya, ramai gadis itu langsung lemah dan terbaring sakit. Di saat seorang suami yang istrinya dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tak bersemangat dalam hidup. Di saat harta yang dimiliki hangus terbakar, banyak orang yang hijrah kerumah sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian dari Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun sering orang tak berdaya membuktikannya, justru sering berguguran cintanya pada Allah, disaat Allah menarik sedikit nikmat yang dicurahkan-Nya.

Dan Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk Allah Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa hal yang perlu kita persiapkan yaitu: 
1) Iman yang kuat
2) Ikhlas dalam beramal 
3) Mempersiapkan kebaikan Internal dan eksternal. kebaikan internal yaitu berupaya keras untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah. Seperti qiyamulail, shaum sunnah, bacaan Al-qur’an dan haus akan ilmu. Sedangkan kebaikan eksternal adalah buah dari ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengaplikasikannya dalam setiap langkah, dan tarikan nafas disepanjang hidup ini. Dengan demikian InsyaAllah kita akan menggapai cinta dan keredhaan-Nya..