gaNtung::...


Thursday, August 30, 2012

cokLat baik uNtuk kesiHataN??? yeke?? bace joM !!!

AssaLamuaLaikum....^_^

Tidak ramai mahu menjadikan coklat antara menu penting makanan harian kerana bimbang pengambilannya boleh menyebabkan kegemukan terutama di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan. Walaupun, kajian saintifik membuktikan coklat mempunyai khasiat tersendiri, ia belum mampu mengikis tanggapan yang sekian lama menghantui pemikiran individu. Malah, coklat tetap dikaitkan punca obesiti.
Hakikatnya, pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan. Ini kerana, coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi. Kajian yang dilakukan juga mendedahkan kandungan flavonoid, iaitu bahan antioksidan dalam koko, baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel.
Penyelidik juga mendapati coklat mampu membantu merendahkan tekanan darah. Menerusi kajian dilakukan ke atas pesakit tekanan darah tinggi yang makan kira-kira 100 gram coklat sehari selama dua minggu menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara, malah kadar kolesterol buruk juga semakin berkurangan, sekali gus membuktikan makanan manis itu ada manfaatnya jika diambil secara sederhana.
Ahli sukan, Zawen Anuar berkata, khasiat yang terkandung dalam coklat hitam berbeza dengan coklat putih kerana ia tiada kandungan koko atau flavonoid, tetapi masyarakat sekarang lebih gemar memakannya berbanding coklat hitam.
“Sebenarnya, memakan coklat hitam boleh membantu mengubah mood seseorang yang tertekan menjadi gembira kerana pengambilannya akan meningkatkan hormon yang merangsang perasaan ceria.
“Jadi, untuk memulakan sesuatu seperti ingin melakukan senaman, seeloknya makan coklat gelap terlebih dulu untuk menimbulkan mood yang baik tetapi elakkan mengambil coklat putih yang mengandungi banyak susu kerana susu menghalang penyerapan anti oksidan,” 
Mengikut sukatan terbaik, coklat hitam sepatutnya mengandungi 70 peratus koko dan 30 peratus susu tetapi rasanya yang sedikit pahit mungkin menyebabkan coklat itu tidak digemari orang ramai. Berikutan itu, Cadbury bakal mengeluarkan coklat hitam yang mengandungi 45 peratus koko dinamakan Bournville Fine Dark Chocolate yang akan dipasarkan bermula Julai ini.
Zawen berkata, keistimewaan coklat hitam juga mampu menjadikan kulit wajah awet muda kerana mengandungi mineral dan vitamin A,C dan E, serta kemampuannya meningkatkan peredaran darah sehingga ke otak, sekali gus dapat merangsang ingatan menjadi lebih baik.
Kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.
“Jika memakan coklat hitam, ia mampu memerangkap radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan iaitu bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas ini,” katanya
Zawen berkata, diakui coklat mengandungi lemak tetapi lemak ini sihat dan tidak menggemukkan.
“Paling penting, dalam setiap perkara, kita perlu sederhana dan pengambilan coklat sebagai makanan harian juga perlu dalam kuantiti yang tidak berlebihan.
“Ia boleh dijadikan makanan sampingan tanpa mengetepikan makanan asas seperti sarapan dan makan tengahari untuk mendapatkan tenaga. Seeloknya, ajar anak-anak memakan coklat hitam ini untuk kesihatan mereka tetapi jumlahnya perlu terkawal,” katanya.
INFO: Kandungan Coklat
# Polyphenols – Antara kandungan utama dalam coklat yang berfungsi mencegah tengik.
- Menjadi penangkis kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, menurunkan tekanan darah dan strok. Jangan risau, jika sekadar mengambil dalam kuantiti diperlukan.
# Theobromine – Sebaik menjamah coklat, individu akan berasa lebih bertenaga. Mata mengantuk secara automatik akan terbuka dek penangan bahan theobromine.
- Bagi individu yang diserang batuk, disyorkan mengambil coklat kerana dikatakan lebih mujarab daripada ubat batuk. Seperti teh yang digunakan untuk mencuci muka, kini coklat turut dijadikan pupur bagi menyegarkan kulit wajah.
# Phenylethylamine – Kandungan phenylethylamine memberikan rangsangan otak yang menghasilkan dopamine. Kesan kehadiran dopamine mencetuskan perasaan ceria dan tenteram hingga membangkitkan mood romantis. Justeru coklat sangat sesuai sebagai hadiah paling romantik.
# Antioksidan – Bagi individu yang risau dengan garis penuaan yang mula timbul di wajah, coklat barangkali boleh membantu. Sifat antioksidan mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan kesan radiasi. Gaya hidup tidak seimbang dengan pilihan makanan segera yang diambil tanpa had juga menjadi penyumbang mempercepatkan proses berkenaan...

Wednesday, August 1, 2012

MaLam LaiLatuL Qadar ^,^

Assalamualaikum daN SaLam RamadaN,
 ok eNtri seMperna buLaN Ramadan yg muLia berkaitaN dgn malam lailatul Qadar..;)


Malam lailatuL Qadar : suNat dicari, keraNa malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul Qadar adaLah sebaik-baik malam termasuk malam jumaat.


Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.>>Maksudnya:
“Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu bulan ” (Al Qadar : 1-5)

Ertinya menghidupkan Malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah  pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya:
“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu ” (HR. Bukhari (4/217) dan Muslim (759))

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa rasulullah s.a.w . apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan.  Banginda menghidupkan malam-malamNya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isteriNya. Imam Ahmad dan musLim meriwayatkan :
Maksudnya :

             “Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi  usahanya daripada malam-malam lain. ” (Muslim (1174)

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. ” (Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))
Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut.
Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. Bersabda :
“Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah sanad shahih)

Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tidak terik pada keesokan harinya
Dari Ubay bin Ka’ab RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar ” (HR Muslim)
1. Di pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik
, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar”. Hadits riwayat Muslim, no. 1762.
2. Malam yang cerah, tidak panas tidak juga dingin, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lalilatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula dingin, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/330 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam shahih Ibnu Khuzaimah, 3/330.
Ertinya: “Lailatul Qadar tidak panas tidak juga dingin matahari pagi harinya bersinar lemah kemerah-merahan”. HR. Ibnu Khuzaimah, 3/332 dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’, no. 5351.
3. Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor kepada syaitan)
, Rasulullah SAW bersabda:
Artinya: “Sesungguhnya tanda lailatul qadar bahwasanya adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak panas tidak juga dingin, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan tidak halal bagi syaitan untuk keluar bersamaan dengannya pada malam itu”. HR. Ahmad, no. 22765.
Hendaknya memperbanyak membaca doa pada Lailatul Qadar:
Hal ini berdasarkan sebuah riwayat dari Aisyah RA beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, jika aku mahu berjumpa akan lailatul qadar, apakah yang aku baca?”, beliau bersabda: “Hendaknya kamu mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf (dari kesalahan), mencintai maaf, maka maafkanlah aku (dari kesalahan-kesalahanku)”. HR Ibnu Majah, no. 3982.
4.Orang yang beribadat pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.

Formula Malam Lailatul Qadar

Menurut Formula Malam Lailatul Qadar oleh Imam Ghazali
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad @ Rabu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa @Jumaat – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-25
[5] Sabtu – Malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam ke-23..
Wallahulam bissawab…  Marilah kita merebutlah 10 malam terakhir ramadhan.. Sesungguhnya belum tentu ada untuk kita ramadhan yang akan datang..
By: Nurul Izzaty Binti Norhan ^__^V





Wednesday, May 30, 2012

RaHsia WarNa kegeMaraN..^_^


Assalamualaikum saHabat,
yeszaa eNtri ni saya ceriTa pasaL warNe laQ ea...hehehe

MenUrut kajiaN ,waNita dapaT diNilai perwaTakan MelaLui warNa kegemaraN-nyA.

MeraH
*BeraNi,emosionaL, tegas, taMak, daN suka berseNang-senaNg..

Biru
*setia padA pasaNgan, paNdai meNyimpaN waNg ,suka berterus-teraNg(jujur), mudaH tersiNggung , mudaH memaafkaN, tegas daN kuat cemburU...

Hitam
*sukA meNyindiri, perihatiN, kuaT mengHadapi dugaan hidup, tidak mudaH dpeNgaruHi, kuat berfikir, setiA pada pasaNgan, baik hati tetapI mudaH tersingung..

Hujau
*subur, suka pada kebahagiaaN, tidak suka bergaduH atau bertekak, patuH pada pegaNgan agamA, suka berhias, teguH pendiriaN tp kadaNg-2 pemikiraN koLot..

cokLat
*kayA deNgan sifat keibuaN, sukA meraNdah diri, sopaN santuN, haLus budi perkerTi, hati mudaH meras  was-was, daN takut berbuat saLah...

Ungu
*peMurah, tidaK suka diperiNtah, bijak tetapI agk emosi, keinginaN tidak meluap-luap..

Kelabu
*suka meraNdah diri, teNang, dan suka mengaLah...

Kuning
*menyukai iLmu, geMar membAca, tekuN, Cerdas, daN tabah mengHadapi cabaraN..

Putih
*PemikiraN bersiH, berkata beNar(jujur), reNdah hati, sopaN saNtuN, peramAh, kuaT meNerima iLmu, seNtiasa tenteraM hati-Nya, suka meNolong,daN bertwakaL..

#copY dari bLog seoranG sahabaT..^_^










Tuesday, May 29, 2012

Waktu Terbaik Minum Air Masak ~,~

                                                              Gambar hiasaN
                                               
AssaLamuaLaikum saHabaT seMua...
Erhm3 nk ceriTe sikit kepeNntingaN AIR unTuk tubuH badaN makNusia..


SUDAH menjadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tidak kiralah air itu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak masing-masing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama.
Kenapa air masak???
Air masak ini akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.
Sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.
1. Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok.
Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.
2. Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.
3. Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.
4. Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan.
Alhamdulillah… sekarang kita dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya !! tQ ^_^



Saturday, April 7, 2012

ciri-ciri caLoN suami yG di idamkaN waNita -->>

Hrmm..berciNta saMpai syurga-->ramai wanIta Yg idamkaN calon suaminYa seperti ciri2 di bawaH..~,~

sebeLum tu : jika aNda seoraNg wanita,carilah lelaki yaNg mempuNyai sifat2 berikut,
                  : jika aNda seorNg lelaki,jadiLah seoraNg lelaki yaNg mempuNyai sifat-sifat berikut >,<


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

11.Menghormati orang tua(ibu bapa).

#kau daN akU

sebab-sebaB bertudunG lebiH baik -->

#DisiNi sy sediakaN 8 sebab bertuduNg lebiH baik..free hair..tQ~


1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi...
~kaU daN akU~

Friday, April 6, 2012

HUKUM menolak kepaLa -->

~✿>> HUKUM menolak kepala sama seperti menampar muka : HARAM (BERDOSA), dengan apa jua tujuan sekalipun..

Rasulullah saw bersabda :
"Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."
(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul di muka dan menolak kepala kerana :
1. Kepala ada anggota lembut dan paling atas serta menghimpunkan segala kebaikan..
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai..
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata..
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat..
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas..

✿~ Allah menyuruh kita MENELADANI akhlak Rasulullah saw tersebut :
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
[Surah al-Ahzab 33 : 21]

✿~ Akhlak yang mulia mencerminkan KESEMPURNAAN IMAN :
"Mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang PALING BAIK AKHLAKNYA.."
[Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1162]

✿~ Orang yang memiliki akhlak mulia menjadi orang yang DICINTAI oleh Allah :
"Sesungguhnya Allah mencintai sikap lemah lembut dalam segala urusan.."[Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2165]

✿~ Dalam riwayat yang lain, para sahabat r.a pernah bertanya:
“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”
Rasulullah saw menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya..”
[Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no: 6380 ]

✿~ "Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya.."
[Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 13]

✿~ "Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan manusia terdapat seketul daging
yang jika ia baik maka baiklah tubuh tersebut seluruhnya dan jika ia rosak maka rosaklah tubuh tersebut seluruhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.."
[Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 52 ]

✿~ "Sesungguhnya Allah Maha Pelembut dan menyukai sikap lemah lembut, Dia memberi terhadap kelembutan apa yang tidak diberi terhadap kekasaran dan tidak memberi apa jua (terhadap sikap yang menyelisihi kelembutan).."
[Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2593]

p/s : Nasihat saya kepada sahabat sekalian, tolong jangan sekali-kali menghukum sesiapa di kepala..apa juga bentuk denda, perbuatan termasuklah tampar, tolak, ketuk, baling dan sebagainya kerana kepala itu merupakan anngota paling mulia yang dianugerahkan Allah, tempat sujud kita kepada Allah..dan tempat di mana letaknya otak yang BERFUNGSI mengawal atur segala pergerakan badan..HORMATLAH sahabat mengikut acuan dan akhlak Rasulullah..♥♥

Thursday, March 29, 2012

..::15 anugerah dAri maHa peNcipta untuk kauM hawa::..


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.
Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wednesday, March 7, 2012

Tanda2 si dai jodoH kiTa


1. Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa..~_~

..::Nasihat uNtuk oraNg berciNta::..


Dengarlah pesananku ini:-
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan cinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau dijabkabul..
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu. :)

Monday, March 5, 2012

Perkara YaNg meNdatanG kaN syirik ~



Syirik adalah lawan kepada Tauhid. Syirik bermaksud menyengutukan Allah sama ada dari segi RububiyyahNya, UluhiyyahNya atau nama-nama dan sifat-sifatNya. Syirik merupakan antara dosa terbesar dari dosa-dosa paling besar yang disabdakan Rasulullah s.a.w.;

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَقَتْلُ النَّفْسِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَقَوْلُ الزُّورِ أَوْ قَالَ وَشَهَادَةُ الزُّورِ
“Dosa-dosa paling besar ialah;
1. Mensyirikkan Allah
2. Membunuh manusia
3. Menderhakai dua ibu-bapa
4. Memberi kesaksian palsu/dusta”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dari Anas r.a.)

Bahkan orang yang mati dalam keadaan mensyirikkan Allah sekali-kali tidak akan mendapat keampunan Allah di akhirat sebagaimana firmanNya;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”. (an-Nisa’: 48)

Luqman dalam wasiatnya kepada anaknya telah berpesan;

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَابُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan (Allah) sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”. (Luqman: 13)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من مات وهو يدعو من دون الله ندا دخل النار
“Sesiapa mati dalam keadaan ia menyeru selain Allah sebagai sekutuNya (yakni mati dalam keadaan mensyirikkan Allah), maka ia akan masuk neraka”. (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu Mas’ud r.a.)

من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، ومن مات يشرك به شيئاً دخل النار
“Sesiapa bertemu Allah dalam keadaan tidak pernah mensyirikkanNya dengan sesuatu apapun akan masuk syurga. Sesiapa bertemu Allah dengan mensyirikkannya dengan sesuatu, akan masuk neraka”. (Riwayat Imam Muslim dari Jabir r.a.)

Jenis-jenis Syirik

Terdapat dua jenis syirik melihat kepada kesannya kepada aqidah;[1]

1. Syirik Akbar (besar); iaitu syirik yang mengeluarkan seseorang itu dari iman (yakni murtad dari agama) dan di akhirat dosanya tidak akan diampunkan Allah dan ia tidak akan dapat masuk syurga selama-lamanya.

2. Syirik Asghar (kecil); iaitu syirik yang tidaklah mengeluarkan seseorang itu dari agama, namun ia tergolong dalam dosa-dosa besar (malah paling besar) dan dibimbangi orang yang melakukannya atau berterusan melakukannya akhirnya akan mati sebagai seorang kafir jika tidak diberi rahmat oleh Allah dengan taubat dan keampunanNya.

Syirik Akbar

Syirik Akbar (besar) melihat kepada bentuknya terbahagi pula kepada dua jenis;[2]

1. Syirik Dzahir Jali (terang dan nyata) 

Iaitu syirik yang terang dan nyata, tanpa ada kesamaran di mana orang yang melakukannya jelas dianggap telah menyengutukan Allah. Syirik ini berlaku apabila seseorang itu menyembah selain Allah seperti menyembah matahari, patung-patung berhala, binatang (lembu dan sebagainya), manusia (seperti perbuatan penganut Kristian yang menyembah nabi Isa, penganut Budha yang menyembah patung Budha, orang-orang yang menyembah Fir’aun) dan sebagainya.

2. Syirik Bathin Khafi (tersembunyi)

Iaitu syirik yang dzahirnya tidak kelihatan seperti syirik, namun pada hakikatnya ia adalah syirik kerana terdapat padanya unsur yang jelas menyengutukan Allah. Antara syirik jenis ini ialah;

a) Berdoa kepada selain Allah

Antara jenis syirik besar yang tersembunyi ialah berdoa atau memohon pertolongan dari orang yang telah mati, kubur-kubur, makhluk-makhluk halus (hantu, jembalang dan sebagainya), pokok-pokok puaka, busut-busut dan sebagainya. Perbuatan berdoa kepada makhluk-makhluk ini oleh setengah orang Islam tidak dianggap sebagai syirik kerana bagi mereka doa bukanlah ibadah atau sembahan. Ibadah bagi mereka hanyalah sembahyang, puasa, zakat dan haji. Walhal dalil-dalil al-Quran dan as-Sunnah telah menyebutkan dengan jelas dan terang bahawa doa di dalam Islam termasuk dalam ibadah dan tidak harus dikemukakan melainkan kepada Allah sahaja. Antara dalil-dalil tersebut ialah ikrar yang selalu dilafazkan oleh setiap orang Islam tatkala membaca surah al-Fatihah;

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
“Engkau sahajalah (ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan”. (al-Fatihah: 5)

Begitu juga, sabda Rasulullah s.a.w.;

الدعاء هو العبادة
“Doa itu adalah ibadah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi dari Nu’man bin Basyir r.a.)

Selain itu, mereka juga berhujjah; ‘Sekalipun kami berdoa kepada benda-benda tersebut (kubur-kubur, makhluk-makhluk halus dan sebagainya tadi), namun kami tidak menganggap mereka sebagai Tuhan kami. Mereka tetap kami anggap sebagai makhluk, cuma kami berdoa atau memohon dari mereka hanya sebagai perantara antara kami dengan Allah’. Dengan alasan ini mereka merasakan dapat melepaskan tindakan mereka itu dari syirik. Namun mereka tidak sedar bahawa dengan alasan tersebut, mereka sebenarnya telah meletakkan diri mereka sama seperti golongan musyrikin zaman Rasulullah s.a.w. yang pernah berkata;

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى
“Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain Allah sebagai penolong dan pelindung mereka (telah berkata); ‘Kami tidak menyembah atau memuja mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya”. (az-Zumar: 3)

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ
“Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat mereka dan mereka pula berkata; ‘Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat (pertolongan) kepada kami di sisi Allah”. (Yunus: 18)

b) Memberi hak atau kuasa kepada makhluk untuk membatal atau meminda hukum Allah.

Termasuk juga dalam syirik besar yang tersembunyi ialah memberikan hak kepada mana-mana makhluk untuk membatal atau meminda hukum atau undang-undang Allah, yakni menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah atau mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya. Perbuatan tersebut termasuk dalam syirik (menyengutukan Allah) kerana orang yang melakukannya telah menduakan Allah dari segi kuasa yakni ia seolah-olah menganggap ada kuasa yang lain yang menyamai kuasa Allah atau lebih hebat darinya yang boleh membatal atau meminda hukum dan ketetapan Allah. Syirik jenis ini terdapat bukti yang jelas di dalam al-Quran iaitu firman Allah;

اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهاً وَاحِداً لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Mereka (yakni orang-orang Yahudi dan Nasrani) telah mengangkat pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah, dan (begitu juga mereka telah mengangkat sebagai Tuhan) al-Masih (Isa) anak Mariam, sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Tuhan yang esa (Allah), yang tiada Tuhan melainkan Dia, maha suci Ia (Allah) dari apa yang mereka sekutukan”. (at-Taubah: 31)

Rasulullah s.a.w. pernah mentafsirkan ayat ini kepada seorang sahabat bernama Adi bin Hatim at-Thoie. Adi pada zaman jahiliyah merupakan seorang penganut agama Nasrani (Kristian), kemudian ia memeluk Islam. Adi menceritakan; “Satu ketika aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w.. Kebetulan di leherku ada rantai salib dari emas. Rasulullah berkata kepadaku; ‘Tanggalkan rantai di lehermu itu, wahai Adi’. Aku akur dan membuangnya. Ketika itu Rasulullah s.a.w. membaca surah al-Baraah (at-Taubah). Apabila Rasulullah sampai kepada ayat di atas dan selesai membacanya, aku lantas berkata kepada baginda; ‘Sesungguhnya kami (penganut Kristian) tidak pernah pun menyembah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kami)’. Rasulullah lalu menjawab;

أليس يحرمون ما أحل الله فتحرمونه ويحلون ما حرم الله فتستحلونه
“Bukankah mereka (yakni pendita-pendita dan rahib-rahib kamu dulu) telah mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah lalu kamu pun turut mengharamkannya, dan mereka juga telah menghalalkan apa yang Allah haramkan lalu kamu pun turut menghalalkannya (kerana mematuhi mereka)?”.

Adi menjawab; “Benar, ya Rasulullah”. Balas Rasulullah; “Itu maknanya kamu menyembah mereka”.
(Riwayat Imam at-Thabrani dari Adi bin Hatim)

Perhatikan dalam hadis di atas bagaimana Rasulullah s.a.w. telah melabelkan orang yang mematuhi orang yang meminda hukum Allah sebagai menyembahnya. Ini menunjukkan bahawa perbuatan tersebut jelas merupakan syirik atau tindakan menyengutukan Allah. Malah perbuatan syirik sebegini telah dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya;

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ
“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan undang-undang untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan oleh Allah”. (as-Syura: 21)

Syirik Asghar[3]

Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah. Bentuk-bentuk syirik kecil ini ialah;

a) Bersumpah dengan nama selain Allah

Seperti bersumpah dengan nama nabi, kaabah, wali-wali Allah, orang besar, dengan nama tanah-air/negara, nenek-moyang dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w.;

من حلف بغير الله فقد أشرك
“Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah”. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Hakim dari Ibnu ‘Umar/al-Jami’ as-Saghir, no. 8642)

Dalam sumpah kita membesar dan mengagungkan sesuatu iaiu orang yang kita bersumpah dengan menyebut namanya. Kebesaran dan keagungan yang mutlak hanya khusus bagi Allah. Kerana itu kita dilarang bersumpah melainkan dengan menyebut nama Allah. Bersumpah dengan nama selain Allah menggambarkan seolah-olah ada zat yang lain yang lebih besar dan lebih agung dari Allah, maka kerana itu ia termasuk dalam syirik.

Menurut ulama’, orang yang bersumpah dengan menyebut nama selain Allah tidak wajib mengotakan sumpahnya dan tidak wajib membayar kaffarah (denda melanggar sumpah). Ini kerana perbuatannya itu adalah syirik dan syirik tidak ada kehormatan atau nilai baginya. Apa yang perlu ia lakukan ialah bertaubat dan beristigfar serta melafazkan kembali syahadahnya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

من حلف فقال في حلفه: واللات والعزى، فليقل: لا إله إلا الله
“Sesiapa bersumpah, lalu ia menyebutkan dalam sumpahnya; ‘Demi Lata dan ‘Uzza’, maka hendaklah ia (menginsafi dirinya dan) melafazkan; ‘لا إله إلا الله’”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

b) Menggantung tangkal

Menggantung tangkal –sama ada berupa tali, gelang, kalung atau sebagainya- adalah berdosa dan boleh menjatuhkan ke dalam syirik terutamanya tangkal yang bertulis perkataan-perkataan atau tulisan-tulisan yang menyesatkan atau yang tidak difahami maknanya. Sabda Rasulullah s.a.w.;

من علق تميمة فقد أشرك
“Sesiapa menggantung tangkal sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin Amir r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8857)

Tamimah dalam hadis diatas menurut ulama’ bermaksud; tangkal di mana orang-orang Arab dahulunya menggantungkannya di tangan anak-anak mereka untuk menolak sihir ‘ain (yakni sihir dari pandangan mata).[4]

Sabda baginda juga;

من علق وَدَعة فلا ودع الله له، ومن علق تميمة فلا أتم الله له
“Sesiapa menggantung wada’ah (tangkal kulit siput), maka Allah tidak akan memberi ketenangan/ketenteraman kepadanya (yakni Allah tidak meringankan kebimangan yang menjadi penyebab ia memakai tangkal itu). Dan sesiapa yang menggantung tangkal pada badannya, maka Allah tidak akan menyempurnakan hajatnya”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin Amir r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8858)

Menurut ulama’; Wada’ah ialah satu benda yang diambil dari laut yang menyerupai kulit siput, dipakai sebagai pelindung dari sihir ‘ain mengikut kepercayaan orang Arab dahulu.[5]

Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama ‘Imran bin Hashin menceritakan; “Satu ketika seorang lelaki masuk menemui Rasulullah s.a.w. sedang di lengannya terdapat gelang tangkal diperbuat dari tembaga. Lalu baginda bertanya kepadanya; ‘Gelang apa ini?’ Ia menjawab; ‘Gelang tangkal untuk merawat wahinah (penyakit angin pada bahagian bahu dan lengan)’. Lantas baginda berkata kepadanya; ‘Tanggalkannya kerana ia tidak akan menambah kepadamu melainkan wahnan (lemah). Jika ditakdirkan kamu mati dan gelang itu masih berada di badan kamu, kamu tidak akan beruntung selama-lamanya’”. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Thabrani dari ‘Imran bin Hashin r.a.)

Jika sekiranya pada tangkal itu tidak ada tulisan lain melainkan ayat al-Quran atau nama-nama Allah, maka para ulama’ berbeza pandangan. Ada yang mengharuskannya dan ada yang tetap mengharamkannya. Antara yang mengharuskannya ialah Imam Ibnu Hajar di mana ia berkata; “Maksud tegahan dalam hadis di atas ialah menggantungkan tangkal yang bukan bertulis ayat al-Quran dan seumpamanya (seperti nama-nama Allah dan doa-doa Rasulullah s.a.w.). Adapun tangkal yang tertulis sebutan nama Allah, maka tidaklah ditegah kerana tangkal sebegini dibuat untuk diambil berkat dan untuk memohon perlindungan dengan nama-nama Allah dan sebutannya…”.[6]

Walau bagaimanapun, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi lebih cenderung menyatakan ia sebagai haram dengan alasan/hujah seperti berikut;

1. Tegahan dalam hadis di atas adalah umum di mana ia tidak mengecualikan sebarang tangkal sama ada yang tertulis ayat al-Quran dan nama-nama Allah atau yang tertulis perkataan-perkataan lainnya.

2. Menutup jalan kepada tangkal-tangkal yang lain (yang bukan bertulis ayat al-Quran atau nama-nama Allah), kerana memberi kelonggaran kepada manusia untuk menggantung tangkal yang tertulis ayat al-Quran atau nama-nama Allah akan membuka jalan kepada mereka untuk menggantung tangkal-tangkal lainnya. Pintu kejahatan apabila sudah mula dibuka, sukar ditutup/disekat.

3. Akan mendedahkan al-Quran dan nama-nama Allah kepada penghinaan di mana orang yang memakainya mungkin membawanya ke tempat-tempat najis (tandas atau sebagainya) atau memakainya ketika ia dalam haid atau junub dan sebagainya.

4. Perbuatan itu boleh menjatuhkan nilai al-Quran di samping menyalahi tujuan al-Quran itu sendiri kerana al-Quran diturunkan untuk dibaca dan diambil panduan, bukan untuk digantung sebagai tangkai.[7]

c) Berjampi menggunakan kalimah-kalimah syirik atau yang tidak diketahui maknanya

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إِنَّ الرُّقَي وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik”. (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)
(At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002)

Jampi yang dilarang dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau pemujaan kepada selain Allah, atau yang menggunakan bahasa selain Arab atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimah-kalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-jampi menggunakan ayat al-Quran dan doa-doa Rasulullah s.a.w., maka tidaklah dilarang. Lebih jelas lagi, menurut Imam Suyuti; para ulama’ sepakat mengharuskan jampi-jampi jika memenuhi tiga syarat;
a) Menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.
b) Menggunakan bahasa Arab dan bahasa yang difahami maksudnya.
c) Dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah.[8]

Berkata Imam Muhammad bin al-Hasan; “Diharuskan berjampi dengan jampi yang terdapat di dalam al-Quran dan yang menyebut nama Allah. Adapun dengan perkataan yang tidak diketahui (makna atau asal-usulnya), maka tidak harus berjampi dengannya”. (Lihat al-Muwattha’, bab ar-Ruqa).

Seorang sahabat nabi bernama ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a. menceritakan; ‘Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam) kami bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah s.a.w., apa pandangan kamu tentang jampi?’. Rasulullah s.a.w. menjawab;

اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُم، لا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيْهَا شَيء
“Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampi selagi tidak ada syirik padanya”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari ‘Auf bin Malik r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 1152)

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud suatu hari melihat di leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya; ‘Apa ini?’. Jawab isterinya; ‘Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas’. Lantas Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata kepada isterinya; ‘Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik. Aku dengar Rasulullah bersabda; ‘Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik’. Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya; ‘Suatu suatu hari aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair’. Abdullah berkata -memberi penjelasan kepada isterinya-; ‘Itulah mainan syaitan (untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi itu) ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya (yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jari-jarinya’. Abdullah berkata lagi; ‘Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar Rasulullah s.a.w. adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa;

أَذْهِبِ الْبَاسْ. رَبَّ النَّاسْ. اِشْفِ، أَنْتَ الشَّافِي. لاَشِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَيُغَادِرُ سَقَماً
“Jauhilah penyakit wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan. Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit”.
(Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)

d) Sihir

Sihir adalah perbuatan yang mendatangkan syirik kepada Allah kerana ia melibatkan pemujaan dan permohonan kepada roh-roh jahat seperti iblis, syaitan, jin dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w.;

من عقد عقدة ثم نفث فيها فقد سحر، ومن سحر فقد أشرك، ومن تعلق شيئا وكل إليه
“Sesiapa yang menyimpul satu ikatan, kemudian menghembus/meniup (dengan air ludahnya) padanya, maka sesungguhnya ia telah melakukan sihir dan sesiapa yang melakukan sihir, maka sesungguhnya dia telah syirik. Dan sesiapa menggantung sesuatu (tangkal), akan diserahkan urusannya kepada tangkal tersebut (yakni dia tidak akan mendapat bantuan Allah)”. (Riwayat Imam an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam al-Quran, Allah menyenaraikan sihir di antara kejahatan-kejahatan yang mesti dielak oleh manusia dengan memohon perlindungan Allah. Firman Allah;

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
“Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Aku berlindung kepada Tuhan (yang mengatur) makhluk, daripada kejahatan makhlukNya, dan daripada kejahatan malam bila ia telah gelap, dan daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya pada simpulan tali, dan daripada kejahatan orang yang dengki bila ia melahirkan dengkinya”. (al-Falaq: 1-5)

Imam-imam salaf seperti Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad menghukum sihir sebagai kufur dan orang-orang yang mengamalkannya sebagai kafir. Malah ada di kalangan sahabat Nabi s.a.w. memberi fatwa bahawa ahli sihir hendaklah dibunuh. Dalam soheh Bukhari, terdapat riwayat dari Bijalah bin ‘Abadah yang menceritakan; “Umar bin al-Khattab r.a. telah menulis surat perintah kepada kami; ‘Hendaklah kamu sekelian membunuh setiap ahli sihir lelaki dan perempuan’, lalu kami membunuh tiga orang ahli sihir”. Sebahagian ulama’ berpendapat; kufur atau tidaknya seorang ahli sihir itu bergantung kepada perbuatan sihirnya. Jika dalam perbuatan sihirnya itu terdapat pemujaan atau memohon pertolongan dengan suatu yang membawa kekufuran maka jatuh kafirlah ia. Jika tidak maka ia hanya fasiq sahaja.

Dosa sihir tidak hanya bagi orang yang melakukannya sahaja, bahkan orang yang mempercayainya juga turut berdosa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;

ثلاثة لا يدخلون الجنة: مدمن الخمر، وقاطع الرحم، ومصدق بالسحر
“Tidak manusia yang tidak akan masuk syurga; orang yang ketagihan arak, orang yang memutuskan silaturrahim dan orang yang mempercayai sihir”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari Abi Musa al-Asy’ari r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 3528)

Termasuk jenis sihir ialah at-tanjim dan at-tiwalah. At-tanjim ialah ilmu nujum iaitu meneka/meramal apa yang bakal berlaku masa depan dengan melihat dan menilik bintang-bintang. Mungkin dalam bahasa moden hari ini at-tanjim ini dikenali sebagai astrologi.[9] Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنِ اقْتَبَسَ عِلْماً مِنَ النَّجُومِ، اقْتَبَسَ شُعْبَةً مِنَ السَّحْرِ. زَادَ مَازَادَ
“Sesiapa mempelajari suatu ilmu dari ilmu-ilmu nujum, maka ia mempelajari satu cabang dari sihir. Bertambah sihirnya dengan bertambah ilmu nujumnya”. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8500)

Adapun at-tiwalah, maka ia adalah sihir pengasih. Kita telahpun menerangkan tentangnya pada beberapa muka surat yang lalu.

e) al-Kahin dan al-‘Arraf (Tukang tilik, tukang ramal)

Al-Kahin ialah orang yang mendakwa dapat mengetahui rahsia-rahsia dan perkara-perkara ghaib. Al-‘Arraf pula bermaksud orang yang mendakwa mempunyai kemampuan untuk mendedahkan apa yang akan berlaku pada masa depan.[10]Dalam bahasa melayu, kedua-dua orang ini mungkin dapat diistilahkan sebagai tukang tilik, tukang tenung, tukang ramal atau ahli nujum.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
“Sesiapa pergi kepada seorang ‘arraf (tukang tilik/tukang tenung) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu mempercayainya, tidak akan diterima solatnya selama 40 hari”. (Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim dari beberapa isteri Nabi s.a.w./al-Jami’ as-Saghir, no. 8284)

من أتى عرافا أو كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
“Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa hanya Allah yang mengetahui perkara-perkara ghaib.

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
“Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

وَعِندَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا إِلاَّ هُوَ
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja”. (al-A’raf: 59)

Malah Nabi s.a.w. sendiri tidak mengetahui hal-hal ghaib melainkan yang diberitahu Allah kepadanya.

قُل لاَّ أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً إِلاَّ مَا شَاء اللّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
“Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188)

Jin-jin yang dipergunakan oleh ahli-ahli sihir dan tukang-tukang tilik atau tenung juga tidak memiliki kemampuan untuk mengetahui perkara ghaib. Ini dijelaskan oleh al-Quran tatkala mendedahkan tentang jin-jin nabi Sulaiman a.s yang tidak menyedari bahawa beliau telah wafat.

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ
“Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia (yakni nabi Sulaiman) tumbang, nyatalah kepada jin-jin itu bahawa jika sekiranya mereka sememangnya mengetahui hal yang ghaib, tentulah mereka tidak akan terus tinggal dalam azab (kerja berat) yang menghina itu”. (Saba’: 14)

f) Bernazar kepada selain Allah

Nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri perkara kebaikan atau sunat yang asalnya tidak wajib dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Nazar di dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu, ia tidak boleh dilakukan melainkan kerana Allah.

Bernazar kepada selain Allah adalah syirik (yakni menyengutukan Allah dengan beribadah kepada selaiNya). Oleh kerana ia adalah syirik, maka ia tergolong dalam maksiat. Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w., nazar yang berkait dengan maksiat tidak harus ditunaikan. Sabda baginda;

من نذر أن يطيع الله فليطعه، ومن نذر أن يعصي الله فلا يعصه
“Sesiapa bernazar untuk melakukan perbuatan taat kepada Allah, maka ta’atlah kepadanya (dengan menunaikan apa yang ia nazarkan). Sesiapa yang bernazar untuk melakukan perkara maksiat kepada Allah, maka janganlah ia melakukan maksiat kepadaNya (yakni janganlah ia menunaikan nazar maksiatnya itu)”. (Riwayat Imam Muhammad, Bukhari dan beberapa lagi dari Aisyah r.a./al-Jami’as-Saghir, no. 9056)

g) Menyembelih untuk selain Allah

Antara perbuatan yang membawa syirik ialah menyembelih binatang atas nama selain Allah (seperti berhala, hantu-hantu, mahkluk-makhluk halus dan sebagainya) atau mengadakan sembelihan (korban, nazar dan sebagainya) untuk dipersembahkan kepada selainNya. Begitu juga, mempersembahkan makanan-makanan atau korban-korban untuk tujuan memuja selain Allah.

Menjadi adat orang-orang Arab jahiliyah mereka mendekatkan diri mereka kepada tuhan-tuhan dan berhala-berhala mereka dengan mengemukakan binatang-binatang sembelihan mereka. Begitu juga menjadi kebiasaan mereka ketika menyembelih binatang mereka menyebut nama berhala-berhala mereka. Lalu Allah mengharamkan perbuatan tersebut ke atas orang beriman dan memerintahkan mereka supaya tidak menyebut nama selain Allah ketika menyembelih dan tidak mengemukakan binatang sembelihan (untuk tujuan ibadah seperti korban, nazar dan sebagainya) melainkan untuk Allah. Tidak sekadar itu, Allah juga mengharamkan daging binatang-binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah itu atau yang disembelih untuk dipersembahkan kepada selain Allah dari dimakan oleh orang beriman. Firman Allah;

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ
“Diharamkan ke atas kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih untuk selain Allah, dan yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk oleh binatang lain dan yang dimakan binatang buas kecuali jika sempat kamu sembelih binatang tersebut, dan (juga binatang) yang disembelih atas nama berhala, dan (diharamkan juga) menilik nasib dengan undian anak-anak panah. Semua yang demikian itu adalah perbuatan fasik…”. (al-Maidah: 3)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

لَعَنَ اللهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ، وَلَعَنَ اللهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللهِ، وَلَعَنَ اللهُ مَنْ آوَىَ مُحْدِثاً، وَلَعَنَ اللهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الأَرْضِ
“Allah melaknat orang yang melaknat dua ibu-bapanya. Allah melaknat orang yang menyembelih untuk selain Allah. Allah melaknat orang yang melindungi pelaku bid’ah (atau orang yang membuat kerosakan di bumi[11]). Allah melaknat orang yang mengubah tanda-tanda batas tanah (yakni perenggan)”. (Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Nasai dari Ali r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 7282)

Menurut Imam Nawawi –dalam huraiannya terhadap hadis ini-; Yang dimaksudkan menyembelih untuk selain Allah ialah menyembelih dengan nama selainNya seperti seseorang menyembelih untuk berhala, untuk salib, untuk Musa, untuk Isa, untuk Kaabah dan seumpamanya. Semua yang demikian itu adalah haram dan tidak halal (untuk dimakan) binatang yang disembelih itu sama ada yang menyembelih tersebut orang Islam, orang Nasrani atau Yahudi. Ini sebagaimana pendapat yang dinaskan oleh Imam Syafi’ie dan disepakati oleh sekelian fuqaha’ Syafi’ie. Jika sekiranya ia (yakni orang yang menyembelih untuk selain Allah itu) berqasad (berniat/bercita-cita) semasa melakukan sembelihan itu untuk membesarkan orang/benda yang disembelih binatang untuknya itu atau berniat untuk beribadah kepadanya, maka perbuatannya itu adalah kufur. Jika dia seorang muslim, dengan sembelihannya itu jadilah ia seorang yang murtad dari agama…”. (Lihat Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 13, hlm. 148)

h) Mempercayai sial burung (atau binatang-binatang lain atau sesuatu perkara/benda)

Antara perkara yang membawa kepada syirik ialah at-thiyarah (الطيَرَة) iaitu mempercayai sial sesuatu (yakni malang yang akan menimpa kerananya) seperti mempercayai sial burung, biawak dan sebagainya. Contohnya, seseorang keluar dari rumahnya untuk suatu urusan, tiba-tiba seekor biawak melintas di hadapannya, lalu ia berpatah balik (kerana menganggap hari itu adalah hari sial berdasarkan kepercayaan dirinya atau masyarakatnya), maka perbuatannya itu tergolong dalam syirik kerana bergantung hati kepada selain Allah dan tidak bertawakkal kepadaNya. Orang Arab Jahiliyah dahulu apabila keluar untuk suatu urusan, jika ia melihat burung terbang di sebelah kanannya, ia akan bersangka baik dan meneruskan urusannya. Jika ia melihat burung terbang di sebelah kirinya, maka ia akan bersangka buruk dan akan berpatah balik (yakni membatalkan urusannya kerana menganggap hari itu adalah hari sial). Adakalanya mereka pergi kepada burung yang sedang berada di tanah, lalu menyergahnya dan melihat ke arah mana burung itu terbang; ke arah kanan atau kiri. Jika ke kanan, mereka akan meneruskan niat mereka untuk keluar. Adapun jika ke kiri, mereka akan membatalkan niat mereka kerana takut ditimpa rugi atau sial. Bila datang Islam, Allah membatalkan kepercayaan orang Arab ini dan menjelaskan kepada mereka bahawa tidak ada yang boleh mendatangkan keuntungan/manfaat dan menolak kemudaratan/kerugian melainkan Allah.[12] Sabda Rasulullah s.a.w.;

من ردته الطيرة عن حاجته فقد أشرك
“Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”.

Lalu para sahabat bertanya; ‘Bagaimana kami hendak menebusnya, Ya Rasulullah s.a.w. (yakni menebus dosa kerana melakukannya)’. Jawab Rasulullah; ‘Kamu ucapkanlah;

اللَّهُمّ لاَ طَيْرَ إِلاَّ طَيْرُك، وَلاَ خَيْرَ إِلاَّ خَيْرُكَ ولا إله غيرك
“Ya Allah, tidak ada sial melainkan sial yang datang dari Engkau dan tidak ada kebaikan melainkan kebaikan dari Engkau serta tidak ada Tuhan melainkan Engkau”.
(Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda;

لا عدوى ولا طيرة، ويعجبني الفأل
“Tidak ada jangkitan penyakit (tanpa kehendak dari Allah) dan tidak ada sial sesuatu, akan tetapi menyukaiku al-fa’l”.

Para sahabat bertanya: ‘Apa itu al-Fa’l, ya Rasulullah?’. Jawab baginda;
كلمة طيبة
“Kalimah/ucapan yang baik”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Al-Fa’l (الفأل) menurut ulama’ bermaksud seseorang mendengar atau terdengar suatu ucapan yang baik, lalu ia mengharap keberkatan atau kurniaan Allah dengan ucapan itu. Contohnya; seorang sakit, lalu kawannya datang untuk menziarahinya. Ketika hendak masuk kepadanya, kawannya itu berkata kepadanya; ‘Ya Salim’ (يا سالم) (yang bermaksud; ‘Wahai orang yang sihat/selamat’), lalu dengan panggilan itu ia menaruh keyakinan dalam hatinya bahawa ia akan sihat atau selamat. Menaruh keyakinan atau harapan sebegini dinamakan al-Fa’l atau at-Tafa’ul.[13]

Rasulullah s.a.w. melarang at-Thiyarah dan mengharuskan at-Fa’l kerana antara keduanya ada perbezaan. Menurut Imam al-Halimi; Rasulullah membenarkan al-Fa’l atau at-Tafaul kerana ia adalah bersangka baik (husnu dzan) kepada Allah atau menaruh harapan kepadaNya di mana setiap mukmin diperintahkan supaya sentiasa bersangka baik kepada Allah pada setiap ketika. Adapun at-Thiyarah maka ia adalah bersangka buruk kepada Allah tanpa sebab yang pasti.[14]

i) Riyak

Riyak bermaksud melakukan suatu amalan, ibadah atau kebaikan tidak ikhlas semata-mata kerana Allah tetapi untuk dilihat sama oleh manusia supaya mendapat pujian atau perhatian mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر
“Sesungguhnya suatu yang paling aku bimbangi terhadap kamu ialah syirik paling kecil”.

Para sahabat bertanya; “Apa itu syirik paling kecil, ya Rasulullah?”. Jawab Rasulullah;

الرياء
“Iaitulah riyak”.
(Riwayat Imam Ahmad dari Mahmud Ibn Lubaid r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda dari Allah (yakni hadis qudsi) bahawa Ia berfirman;

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ. فَمَنْ عَمِلَ لِي عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ غَيْرِي. تَرَكْتُهُ وَشِرْكَه (و في رواية ابن ماجه: فَأَنَا مِنْهُ بَرِيٌ. وَهُوَ لِلَّذِي أَشْرَكَ)
“Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan penyengutuan. Oleh itu, sesiapa melakukan amalan dengan menyengutukanKu dengan selainKu dalam amalannya itu, maka Aku tinggalkan dia bersama sekutunya itu”. (Riwayat Imam Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 6031)

Menurut Imam Nawawi; hadis di atas menunjukkan bahawa amalan orang yang riyak adalah batil, tidak ada pahala dan berdosa.[15]

j) Berkata; “Jika di kehendaki Allah dan dikehendaki kamu”.
Terdapat riwayat menceritakan bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; “ما شاء الله وشئت” (maksudnya; Apa yang Allah kehendaki dan apa yang kamu kehendaki). Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

أجعلتني لله ندا
“Apakah kamu mahu menjadikan aku sekutu bagi Allah? (Janganlah kamu menyebutkan begitu),akan tetapi sebutlah; ‘Apa yang dikehendaki Allah sahaja’.
(Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[16]

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا حلف أحدكم فلا يقل: ما شاء اللَّه وشئت. ولكن ليقل: ما شاء اللَّه ثم شئت
“Jika sesiapa di kalangan kamu bersumpah, maka janganlah ia berkata; ‘Apa yang dikehendaki Allah dan yang dikehendaki kamu’. Akan tetapi katalah; ‘Apa yang dikehendaki Allah, kemudian yang dikehendaki kamu’. (Riwayat Ibnu Majah dari Yazid bin al-Asham (الأصم) r.a.)

***Selesai huraian tentang Syirik, al-Hamdulillah***

Nota Kaki;

[1] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 35.
[2] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 35-40.
[3] Dalam menghurai tentang Syirik Kecil ini, kitab-kitab yang dirujuk ialah; Haqiqatu at-Tauhid, oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Fathul-Majid syarah Kitabut-Tauhid, oleh Syeikh Abdurrahman Ali Syeikh.
[4] Fathul Majid, hlm. 115.
[5] Fathul Majid, hlm. 115.
[6] Lihat Imam al-Minawi, Faidhul Qadier syarh al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 8857 dan 8858.
[7] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 44.
[8] Haqiqatu at-Tauhid, hlm. 46.
[9] Menurut kamus dewan, astrologi bermaksud; ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang).
[10] Menurut Imam an-Nawawi, perbezaan antara al-Kahin dan al-‘Arraf ialah; al-Kahin ialah orang yang menilik atau meramal perkara-perkara yang akan berlaku masa depan dan ia mendakwa mengetahui perkara-perkara rahsia atau ghaib. Al-‘Arraf pula ialah orang yang menilik barang yang dicuri, tempat kehilangan barang atau seumpamanya. (Lihat Faidhul Qadier, Imam al-Minawi, hadis no. 8284)
[11] Sebagaimana tafsiran Imam Nawawi (lihat Syarah Muslim, jil. 13).
[12] Rujuk al-Misbahul Munir oleh Imam Ahmad bin Muhammad al-Fayyumi, Fathul Majid (hlm. 292-293), Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 14, hlm. 230 dan Raudhatul Muttaqien syarah Riyadhus Salihin, oleh Syeikh Abdul Qadier ‘Irfan ad-Dimasyqi, jil. 4, hlm. 182-183.
[13] Rujuk al-Misbahul Munir oleh Imam Ahmad bin Muhammad al-Fayyumi dan Fathul Majid (hlm. 298)
[14] Fathul Majid, hlm. 299. (Lihat juga Raudhatul Muttaqien syarah Riyadhus Salihin, oleh Syeikh Abdul Qadier ‘Irfan ad-Dimasyqi, jil. 4, hlm. 182-183).
[15] Imam an-Nawawi, Soheh Muslim bisyarhi an-Nawawi, jil. 18, hlm. 109.
[16] Lihat hadis ini dalam Kitab fathul Majid, hlm. 74.